Azik Khalid

Jual Hartanah

Cabaran Utama Proses Jual Beli Hartanah

Proses penjualan hartanah terutama dalam keadaan pasaran sekarang adalah tidak mudah. Anda memerlukan kemahiran dan jaringan yang luas untuk memastikan proses berjalan lancar dan tidak memberi masalah di kemudian hari..

Antara masalah yang sering dihadapi pemilik hartanah apabila memilih untuk menjual sendiri atau tidak melantik Ejen Hartanah berdaftar adalah:

Menentukan Harga Yang Tepat

Tanpa penilaian hartanah profesional atau pengetahuan pasaran yang mendalam, pemilik rumah boleh mengenakan harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, yang boleh merugikan pemilik dalam jangka panjang.

Pengiklanan & Pemasaran

Pemilik perlu mengambil tanggungjawab penuh dalam membuat iklan, menjalankan pemasaran dan hebahan dalam platform jualan hartanah atau di media sosial.




Perundingan & Perjanjian

Menjadi pihak dalam perjanjian jual beli hartanah adalah tanggungjawab yang besar. Kesilapan dalam perjanjian atau perundingan boleh mengakibatkan masalah undang-undang atau kesilapan lain.

Semakan Kondisi & Kesediaan

Rumah mungkin memerlukan penyelenggaraan dan semakan yang rapi sebelum dilawati bakal pembeli. Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan terbaik boleh menjadi tugas yang mencabar.

Perundingan Harga & Terma

Memahami bagaimana rundingan harga dan syarat dengan pembeli adalah kemahiran utama yang penting. Pemilik rumah perlu tahu bagaimana menjawab tawaran yang berbeza dan menangani sebarang perundingan.

Urusan Undang Undang & Dokumentasi

Pemilik rumah perlu memastikan bahawa semua dokumen perundangan diperlukan dan prosedur undang-undang diikuti dengan betul. Ini termasuk pengesahan identiti pembeli, urusan pinjaman, dan pindah milik harta.

Izikan Saya Bantu

Dengan Hampir 10 Tahun Pengalaman, Saya Bantu Anda Uruskan Kesemuanya

Proses penjualan hartanah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan banyak pihak seperti Bank, Peguam, Jabatan Kerajaan, Penilai dan agensi lain yang berkaitan.

Saya akan bantu anda uruskan kesemuanya.

KEPAKARAN SAYA

Bagaimana saya boleh bantu anda jual hartanah dengan PANTAS, MUDAH & SELAMAT?

Kajian Harga Pasaran

Saya bantu anda semak harga pasaran kediaman anda dengan panel penilai yang terpilih daripada bank dan agensi untuk mendapat harga jualan yang terbaik

Fotografi & Video Hartanah

Gambar dan video yang menarik akan menarik pembeli untuk datang melihat sendiri hartanah anda. Saya bantu anda hasilkan foto dan video terbaik

Pemasaran & Pengiklanan

Pemasaran dan pengiklanan di medium online & offline dengan lebih daripada 1000 rangkaian bagi mempercepatkan proses penjualan

Pasukan Hartanah

Saya akan bersama sama pasukan seramai lebih dari 100 orang ejen yang komited untuk bersama sama memastikan hartanah anda terjual dengan pantas

Jaringan Bank, Penilai & Peguam

Jaringan dan hubungan saya yang luas akan membantu melancarkan proses penjualan hartanah anda dengan pantas dan mudah

9 Tahun Pengalaman Industri

Dengan pengalaman mendalami selok belok hartanah selama hampir 10 tahun, saya mempunyai track record yang terbaik dan telah memenangi pelbagai anugerah setiap tahun

Izinkan Saya Bantu Uruskan Hartanah Anda

Langkah 1

HUBUNGI saya di +60183993422 melalui Whatsapp atau panggilan telefon untuk proses perbincangan tentang hartanah anda

Langkah 2

Proses INSPECTION akan dijalankan di hartanah anda bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas

Langkah 3

Proses PENGIKLANAN akan dijalankan di medium pengiklanan hartanah terpilih

Langkah 4

Proses RUNDINGAN di antara pembeli dan penjual bagi mendapatkan keputusan yang terbaik

Isikan Maklumat Hartanah Anda Untuk Saya Bantu Dengan Lebih Mudah

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top